Kita bertuah.

Aku ada baca entry blog dari billyinfo.blogspot.com tentang gambar gambar yang paling menyedihkan. lepas aku tengok gambar gambar ni, rasa sayu dalam hati ni. Kalau selama ni aku asyik nak bercakap tentang kehidupan aku yang kononnya menyedihkan tu, lepas aku tengok gambar gambar ni aku rasa seperti aku tidak bersyukur dengan nikmat yang tuhan telah beri. Jadi aku nak kongsikan gambar yang aku ambil dari blogspot billy tu and share kepada korang semua.




Starving child in Sudan

Antara banyak gambar, yang paling menghayatkan hati aku adalah gambar kanak kanak ni. Masa gambar ni diambil, budak ni still hidup lagi. Nampak kan burung helang di belakang tu, seolah olah, bila bila masa saja kanak kanak tu akan jadi habuannya. Tiada sesiapa yang tahu apa yang terjadi selepas gambar ni diambil dan jurugambarnya, Kevin carter yang menang hadiah Pulitzer prize tu akhirnya bunuh diri 3 bulan selepas dia tangkap gambar ni.