lupakan hal yang menyedihkan dan senyum :)


Hari ni sebenarnya aku agak sedih -.- tak taulah kenapa, 
mybe aku terlampau berfikiran negatif kan?
so, aku carilah dekat google 'cara cara untuk lupakan hal yang mnyedihkan'
dan salah satu caranya ialah, forgive and forget.

First sekali, kita kena maafkan diri kita sendiri.
Itu yang terpenting, 
and sememangnya manusia memang lakukan banyak kesalahan,
dan aku pun tak lari daripada membuat kesalahan
janji lepas kita maafkan diri kita sendiri, kita berjanji pada diri sendiri untuk berubah.
Untuk melakukan satu perubahan baru dalam diri kita bukanlah perkara yang senang.
Mungkin mengambil masa tapi,kalau kita tak putus asa dan berusaha ia tidak mustahil, bukan :) ?

Yang kedua, jadilah insan yang memaafkan.
tapi bukan setakat memaafkan sahaja, kita pun kena melupakan kesalahan yang orang lain buat.
Seperti yang aku cakap, setiap manusia melakukan kesalahan.
And kalau orang yg kita cakap kan still tak berubah,
Kita tak boleh buat apa kan?
Nak buat apa kita still fikirkan kesalahan yang dia buat.
lantak dialah, hahaha.
tetapkan ini dalam diri kita,
forgive and forget.

Yang ketiga, jadi orang yang positive thinking.
buangkan segala anasir anasir negative yang selalu menganggu fikiran kau,
and dengar lagu yang menggembirakan, janganlah lagu yang depressed -.-

Aku akui la,
kadang kadang rasa sedih tu mmg akan ada,
bila sedih tu dtg, nangislah puas puas, lepaslah geram puas puas.
And lepas tu, kita tarik nafas dalam dalam,
dan berfikirlah dengan kreatif,
kenapa aku sedih? kenapa aku macam ni?
perlukah aku berubah?
keep questing yourself, dan bagi jawapan pada setiap soalan.
sebenarnya bila kita sedih, orang yang paling boleh buatkan kita rasa lega ialah diri sendiri.
kadang kadang kita akan mempersoalkan, kenapa perlu aku? tak orang lain?
Sebab setiap orang memang akan diberi dugaan masing masing setimpal dengan ketabahan dan kekuatan pada diri dia sendiri.
Jadi fikirlah, kau tu baru putus cinta, baru putus kawan, baru putus saudara, tapi sekurang kurangnya setiapa orang ada benda yang berharga dalam kehidupan dia, 
tuhan,family, kawan, mungkin music? 


Selepas dah baca entry dekat blog kawan aku ni, aku sebenarnya dah mula membuka mata bahawa setiap kehidupan ada naik turunnya. :)

p/s: lepasni taknak buat entry negative sgt dah. hahaha