Assalammualaikum semua,
Hari ni aku nak ucapkan selamat hari bapa kepada pakcik rosly. Abah terbaik! sy syg abah, tapi sy segan nak cakap. haha.
Aku tahu kadang kdang bila anak anak semakin meningkat dewasa, hubungan kita tak seerat dulu. yerlah masa dulu kecik kecik nak ayah dukung 24 jam sambil makan ice cream, tapi sekarang ni aku dah makin membesar so aku tak bolehlah jadi macam dulu lagi kan?
Lagi satu memandangkan ayah aku ni jenis yang sibuk bekerja jadi masa untuk aku luangkan dengan ayah aku amatlah kurang tapi ayah aku walau sesibuk mana pun dia tetap akan cuba ambil cuti ganti ke apa untuk luangkan masa dengan anak anak dia, Tapi ayah aku bekerja pun sbb dia syg anak ank dia kan?
Ayah aku pun jenis yang pendiam dan tampak cool jer depan aku. tapi dia boleh jer bergurau dengan kawan kawan aku kadang kadang, cuma dengan anak anak dia la agak jarang, And untuk pengetahuan semua, ayah aku mempunyai satu senyuman yang manis .(macam anak perempuan dia. ehem ehem. haha)
Kalau aku ada masalah pun aku lebih selesa cerita dengan mak aku berbanding dengan ayah aku, tahlah nak kata ayah aku garang tak der lah sangat kalau berbanding dengan mak aku yg berganda ganda garangnya.
Cuma rasa respectnya aku dekat ayah aku terlalu tinggi.Kadang kadang tengok ayah aku balik kerja then penat, aku macam rasa terharu and bersyukur yang family aku sederhana sahaja dalam semua aspek.
Abah, maaf kalau tak dapat bagi hadiah untuk abah, (sbb takder duit dah ni). hee
Apa apapun selamat hari bapa, abah :)